pengenalan


Kampung Changkat dikatakan telah mula wujud sebelum kedatangan Jepun di Tanah Melayu lagi. Nama kampung diambil dari sebuah bukit yang terdapat di kawasan kampung iaitu Bukit Changkat. Tanah dan batu-batu sekitar kawasan Bukit Changkat dikatakan istimewa kerana sangat baik, bagus dan sesuai dalam kerja-kerja pembinaan. Hanya pengusaha yang kaya sahaja dikatakan mampu membeli tanah dan batu di Bukit Changkat ini. Pada awal pembukaan, sekumpulan lanun dari Indonesia telah datang ke kawasan kampung dan berteduh di pokok keledang yang terletak berhampiran dengan Bukit Changkat. Kapal yang mereka naiki pula dilabuhkan bersebelahan Bukit Changkat. Lama kelamaan semakin ramai yang datang dan menjadikan kawasan sekitar Bukit Changkat penempatan mereka. Dikatakan juga Bukit Changkat menyimpan pelbagai khazanah yang dibawa oleh kapal lanun seperti barangan tembikar dan pinggan-mangkuk. Ada yang menggunakan barangan tersebut sekiranya ingin mengadakan kenduri-kendera dalam kampung.

0 Responses